Assalamualaikum..
Ramai yang masih tidak faham berhubung konsep pembiayaan ASB
yang ditawarkan oleh RHB. Kebanyakannya menganggap skim ini merupakan skim yang
hanya menguntungkan pihak bank, bukannya skim yang member keuntungan kepada
kedua-dua pihak yakni bank dan juga pelanggan. Sebelum saya terangkan dengan
mendalam, saya ingin bertanya kepada pembaca 3 soalan:
Adakah anda MENABUNG untuk masa depan?
Adakah anda MELABUR untuk mendapatkan
keuntungan?
Atau adakah anda MENABUNG dan dalam masa yang
sama MELABUR untuk mendapatkan lebihan
kewangan serta untuk masa depan?
Jika anda menjawab YA untuk soalan pertama, ingin saya
utarakan soalan kepada pembaca, jika anda melakukan simpanan secara bulanan,
berapakah tabungan anda setiap bulan dan berapakah jumlah terkumpul pada masa
depan? adakah anda memperoleh dividen hasil daripada tabungan tersebut dan
berapakah jumlahnya? Jika anda melabur untuk mendapatkan dividen (soalan 2), Adakah
dividen tersebut memberi anda lebihan wang untuk digunakan dalam masa tertentu contohnya
hujung tahun? Bagaimanakah risiko pelaburan tersebut dan adakah ianya dijamin?
Jika anda menabung dan melabur dalam satu masa (soalan 3) tentunya anda
inginkan pelaburan yang member pulangan dividen yang tinggi dan risiko yang
rendah untuk tabungan masa depan. Jom kita lihat beberapa opsyen simpanan dan
pelaburan secara umum.
MENABUNG DI BANK (FIXED DEPOSIT)
Jika anda membuat tabungan secara bulanan jelas sekali anda
bermula dengan jumlah yang kecil maka; sudah tentu anda sama sekali tidak
mengambil dividen tersebut kerana sedikit. Katakanlah anda menabung dengan
hanya RM200/bulan (2,400/tahun), pada umur setahun, jumlah simpanan anda hanya
berjumlah RM2,400. Katakan anda membuka akaun simpanan tetap dan dividen pada
kadar purata 4%, pada penghujung tahun pertama anda hanya mendapat dividen
RM96. Jika anda mengambil dividen setiap tahun maka jumlah tabungan anda
HANYALAH apa yang anda kumpul selama mana anda menabung, dan jumlahnya jelas
tidak banyak. Jika anda menabung selama 25 tahun, jumlah akhir simpanan anda
hanya RM60000. Jika anda tidak mengambil dividen, dan dividen tersebut
disumbangkan dan dilaburkan bersama pokok (principal) simpanan, maka simpanan
anda pada tahun ke 25 berjumlah RM103,948 (pokok RM60,000 + compounding
interest RM43,948).
MENABUNG DI ASB
Katakan anda menabung di ASB, dengan purata dividen 7.5%
setahun, maka dengan RM200 sebulan, selama 25 tahun jika anda mengambil dividen
setiap tahun maka jumlah simpanan anda masih sama iaitu RM60,000. Jika anda
tidak mengusik dividen dan membiarkannya dilaburkan semula bersama jumlah
pokok, maka pada tahun ke 25, jumlah simpanan anda adalah RM175,383. Hal ini disebabkan
dividen ASB yang lebih tinggi, maka penambahan tahunan (annual compounding) terhadap
pokok simpanan anda lebih tinggi. Tetapi compounding secara maksimum hanya
berlaku jika anda membiarkan dividen itu dilaburkan semula dan tidak
mengambilnya. Jika anda mengambil dividen maka anda mengurangkan kadar
penambahan (compounding) pokok maka dividen seterusnya turut berkurang
bergantung kepada jumlah dividen yang anda ambil.
Jika kita bandingkan jadual simpanan di ASB dengan simpanan
tetap yang saya tunjukkan sebelumnya, jelas kuasa coumpounding yang bezangan
Cuma 3.5% memberi pulangan yang jauh berbeza jumlahnya dalam tempoh yang
panjang.
MENABUNG DI ASB DENGAN PEMBIAYAAN RHB
Melalui penjelasan saya sebelum ini, saya harap pembaca
dapat memahami konsep dividen, iaitu semakin besar pokok semakin tinggi
dividen. Contohnya, 7.5% dividen dari RM2000 tentunya lebih kecil dari 7.5%
dari 50000. Seperti juga pegangan dalam perniagaan dan saham, sesiapa yang
banyak saham, banyaklah dividen. Jika kita lihat prestasi dividen ASB, puratanya
lebih kurang 7.0% setahun, satu jumlah yang agak tinggi dengan risiko yang
rendah. Setelah anda meneliti dua situasi yang saya tunjukkan, jika anda ingin
menabung dengan ASB, mana satu yang lebih elok; mula menabung dengan jumlah
yang tinggi atau dengan tabungan bulanan biasa? Jom kita lihat jadual
perbandingan tabungan ASB dengan simpanan bulanan tetap vs pembiayaan ASB oleh
RHB.
Dengan bayaran RM200 sebulan, anda boleh mengambil
pembiayaan RM34,000 daripada RHB. Jom kita lihat jadual pelaburan ASB anda
dengan RM34,000 tersebut.
Dengan jumlah yang sama iaitu RM200 sebulan, dan RM60,000
bagi 25 tahun, hasil pulangan anda pada tahun ke 25 adalah RM207,344; jauh
lebih besar berbanding RM175,383 yang dijana melalui simpanan lansung dalam ASB
sedangkang BAYARAN BULANAN ANDA ADALAH SAMA. Hal ini kerana RHB memberi
membantu anda memulakan tabungan kadar yang tinggi (jadual bermula dengan
RM34,000) mengikut pembiayaan yang anda ingini.
Jom kita lihat jika pelanggan mengambil pinjaman RM100,000
dengan ansuran bulanan sebanyak RM582 selama 25 tahun.
Dengan RM582/bulan, anda MEMULAKAN tabungan ASB anda dengan
RM100,000 dan pada tahun ke 25, simpanan ASB anda berjumlah RM609,843 iaitu,
pokok berjumlah RM100,000 (caruman dari pembiayaan RHB) + compounding interest
berjumlah RM 509,834
PELABURAN UNTUK
LEBIHAN WANG / DIVIDEN
Bagi anda yang inginkan lebihan wang untuk pelbagai
kegunaan, pembiayaan ASB-RHB merupakan jalan mudah bagi anda. MENGAPA? Jom kita
tengok jadual ini.
Dengan pelaburan biasa, pada tahun pertama, dividen anda
terlalu sedikit, hanya RM302.64, tidak berbaloi untuk anda menggunakannya.
Maksudnya, bayaran bulanan anda disimpan sepenuh nya tanpda sebarang hasil
untuk dituai. Dengan pembiayaan-ASB RHB, dengan bayaran bulanan yang sama, anda
menikmati dividen sebanya RM8,000. Ini bermaksud, anda mempunyai lebihan wang
jika ingin digunakan tanpa menjejaskan jumlah wang ASB anda sebanyak RM100,000.
KADAR DIVIDEN
ASB
Dalam perbincangan sebelum ini, saya meletakkan kadar
dividen ASB hanya sebanyak 7.5% setahun dan itu tidak termasuk sebarang bonus
ASB. Untuk makluman anda, bonus ASB dibayar seperti dividen setiap tahun bagi
simpanan berusia 10 tahun ke atas. Jom kita lihat dividen dan bonus ASB sebelum
ini.
Jika dividen berada pada paras lebih tinggi dari 7.5%, jelas
kuasa compounding semakin tinggi dan bagi pelaburan berusia 10 tahun dank e
atas, bonus tahunan turut disertakan dengan dividen setiap tahun. Ini bermakna,
jumlah hasil pelaburan anda juga lebih tinggi!
APAKAH HAK SAYA KE
ATAS HASIL PELABURAN ASB?
IANYA HAK ANDA 100%!!!
Untuk makluman anda, pihak bank hanya menjana keuntungan
melalui keuntungan pembiayaan yang diberikan kepada anda. Setelah proses
pinjaman lulus, RHB akan mengkreditkan jumlah pembiayaan anda terus ke dalam
akaun ASB dengan sijil ASB tersebut adalah atas nama anda.
MENGAPA RHB
MENYEDIAKAN PEMBIAYAAN ASB
Untuk makluman anda semua, ASB hanya untuk individu
bumiputera melabur bukan untuk badan korporat. Dalam usaha PNB menggalakkan
bumiputera untuk melabur, RHB dan beberapa buah bank lain diberi kepercayaan
untk menyediakan pembiayaan ASB. Betul, bank memperoleh keuntungan hasil bayaran balik pembiayaan, tetapi anda sebagai
pelabur mendapat keuntungan yang jauh lebih tinggi dan berlipat ganda seperti
yang saya telah jelaskan sebelum ini. Sebagai contoh dengan pembiayaan sebanyak
RM100,000, dengan bayaran bulanan RM528,
bank memperoleh keuntungan berjumlah RM74,504
sedangkan jumlah pelaburan anda pada umur 25 tahun dengan kadar dividen 7.5%
adalah RM609,834.
KADAR BAYARAN
PEMBIAYAAN
Bagi pembiayaan antara RM10,000 – 80,000, kadar keuntungan
tetap adalah pada kadar 5.05% setiap tahun. Bagi kadar pembiayaan melebihi
RM80,000, kadar keuntungan tetap adalah pada 4.95% setiap tahun. Ini adalah
kadar TETAP bukan FLOATING yang boleh berubah-ubah mengikut BLR yang ditentukan
BNM. Berikut merupakan jadual bayaran balik pinjaman berdasarkan pecahan
pembiayaan setiap RM10,000 dan bayaran balik 5 tahun:
Jadual ini sebagai rujukan. Anda boleh melabur
sebanyak mana yang anda suka bermula RM10,000 dan tempoh minimum bayaran adalah
selama 5 tahun. Untuk jumlah yang tiada dalam jadual, anda boleh hubungi saya
untuk kadar bayaran berserta dengan insurans. Jangan risau, insurans pembiayaan
ASB bukan mahal macam insurans kereta. Mostly tak sampai 1.8% dari jumlah
keseluruhan pembiayaan.
*Jika
anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan berhubung pembiayaan
ASB-RHB, anda boleh e-mail saya menggunakan form yang saya sediakan.*