Monday 3 February 2014

Assalamualaikum..

Ramai yang masih tidak faham berhubung konsep pembiayaan ASB yang ditawarkan oleh RHB. Kebanyakannya menganggap skim ini merupakan skim yang hanya menguntungkan pihak bank, bukannya skim yang member keuntungan kepada kedua-dua pihak yakni bank dan juga pelanggan. Sebelum saya terangkan dengan mendalam, saya ingin bertanya kepada pembaca 3 soalan:

       Adakah anda MENABUNG untuk masa depan? 
              Adakah anda MELABUR untuk mendapatkan keuntungan?
           Atau adakah anda MENABUNG dan dalam masa yang sama MELABUR untuk mendapatkan lebihan   
       kewangan serta untuk masa depan?

Jika anda menjawab YA untuk soalan pertama, ingin saya utarakan soalan kepada pembaca, jika anda melakukan simpanan secara bulanan, berapakah tabungan anda setiap bulan dan berapakah jumlah terkumpul pada masa depan? adakah anda memperoleh dividen hasil daripada tabungan tersebut dan berapakah jumlahnya? Jika anda melabur untuk mendapatkan dividen (soalan 2), Adakah dividen tersebut memberi anda lebihan wang untuk digunakan dalam masa tertentu contohnya hujung tahun? Bagaimanakah risiko pelaburan tersebut dan adakah ianya dijamin? Jika anda menabung dan melabur dalam satu masa (soalan 3) tentunya anda inginkan pelaburan yang member pulangan dividen yang tinggi dan risiko yang rendah untuk tabungan masa depan. Jom kita lihat beberapa opsyen simpanan dan pelaburan secara umum.


MENABUNG DI BANK (FIXED DEPOSIT)

Jika anda membuat tabungan secara bulanan jelas sekali anda bermula dengan jumlah yang kecil maka; sudah tentu anda sama sekali tidak mengambil dividen tersebut kerana sedikit. Katakanlah anda menabung dengan hanya RM200/bulan (2,400/tahun), pada umur setahun, jumlah simpanan anda hanya berjumlah RM2,400. Katakan anda membuka akaun simpanan tetap dan dividen pada kadar purata 4%, pada penghujung tahun pertama anda hanya mendapat dividen RM96. Jika anda mengambil dividen setiap tahun maka jumlah tabungan anda HANYALAH apa yang anda kumpul selama mana anda menabung, dan jumlahnya jelas tidak banyak. Jika anda menabung selama 25 tahun, jumlah akhir simpanan anda hanya RM60000. Jika anda tidak mengambil dividen, dan dividen tersebut disumbangkan dan dilaburkan bersama pokok (principal) simpanan, maka simpanan anda pada tahun ke 25 berjumlah RM103,948 (pokok RM60,000 + compounding interest RM43,948).



MENABUNG DI ASB

Katakan anda menabung di ASB, dengan purata dividen 7.5% setahun, maka dengan RM200 sebulan, selama 25 tahun jika anda mengambil dividen setiap tahun maka jumlah simpanan anda masih sama iaitu RM60,000. Jika anda tidak mengusik dividen dan membiarkannya dilaburkan semula bersama jumlah pokok, maka pada tahun ke 25, jumlah simpanan anda adalah RM175,383. Hal ini disebabkan dividen ASB yang lebih tinggi, maka penambahan tahunan (annual compounding) terhadap pokok simpanan anda lebih tinggi. Tetapi compounding secara maksimum hanya berlaku jika anda membiarkan dividen itu dilaburkan semula dan tidak mengambilnya. Jika anda mengambil dividen maka anda mengurangkan kadar penambahan (compounding) pokok maka dividen seterusnya turut berkurang bergantung kepada jumlah dividen yang anda ambil.



Jika kita bandingkan jadual simpanan di ASB dengan simpanan tetap yang saya tunjukkan sebelumnya, jelas kuasa coumpounding yang bezangan Cuma 3.5% memberi pulangan yang jauh berbeza jumlahnya dalam tempoh yang panjang.
 

MENABUNG DI ASB DENGAN PEMBIAYAAN RHB

Melalui penjelasan saya sebelum ini, saya harap pembaca dapat memahami konsep dividen, iaitu semakin besar pokok semakin tinggi dividen. Contohnya, 7.5% dividen dari RM2000 tentunya lebih kecil dari 7.5% dari 50000. Seperti juga pegangan dalam perniagaan dan saham, sesiapa yang banyak saham, banyaklah dividen. Jika kita lihat prestasi dividen ASB, puratanya lebih kurang 7.0% setahun, satu jumlah yang agak tinggi dengan risiko yang rendah. Setelah anda meneliti dua situasi yang saya tunjukkan, jika anda ingin menabung dengan ASB, mana satu yang lebih elok; mula menabung dengan jumlah yang tinggi atau dengan tabungan bulanan biasa? Jom kita lihat jadual perbandingan tabungan ASB dengan simpanan bulanan tetap vs pembiayaan ASB oleh RHB.

Dengan bayaran RM200 sebulan, anda boleh mengambil pembiayaan RM34,000 daripada RHB. Jom kita lihat jadual pelaburan ASB anda dengan RM34,000 tersebut.


Dengan jumlah yang sama iaitu RM200 sebulan, dan RM60,000 bagi 25 tahun, hasil pulangan anda pada tahun ke 25 adalah RM207,344; jauh lebih besar berbanding RM175,383 yang dijana melalui simpanan lansung dalam ASB sedangkang BAYARAN BULANAN ANDA ADALAH SAMA. Hal ini kerana RHB memberi membantu anda memulakan tabungan kadar yang tinggi (jadual bermula dengan RM34,000) mengikut pembiayaan yang anda ingini.

Jom kita lihat jika pelanggan mengambil pinjaman RM100,000 dengan ansuran bulanan sebanyak RM582 selama 25 tahun.


Dengan RM582/bulan, anda MEMULAKAN tabungan ASB anda dengan RM100,000 dan pada tahun ke 25, simpanan ASB anda berjumlah RM609,843 iaitu, pokok berjumlah RM100,000 (caruman dari pembiayaan RHB) + compounding interest berjumlah RM 509,834


PELABURAN UNTUK LEBIHAN WANG / DIVIDEN

Bagi anda yang inginkan lebihan wang untuk pelbagai kegunaan, pembiayaan ASB-RHB merupakan jalan mudah bagi anda. MENGAPA? Jom kita tengok jadual ini.


Dengan pelaburan biasa, pada tahun pertama, dividen anda terlalu sedikit, hanya RM302.64, tidak berbaloi untuk anda menggunakannya. Maksudnya, bayaran bulanan anda disimpan sepenuh nya tanpda sebarang hasil untuk dituai. Dengan pembiayaan-ASB RHB, dengan bayaran bulanan yang sama, anda menikmati dividen sebanya RM8,000. Ini bermaksud, anda mempunyai lebihan wang jika ingin digunakan tanpa menjejaskan jumlah wang ASB anda sebanyak RM100,000.


KADAR DIVIDEN ASB

Dalam perbincangan sebelum ini, saya meletakkan kadar dividen ASB hanya sebanyak 7.5% setahun dan itu tidak termasuk sebarang bonus ASB. Untuk makluman anda, bonus ASB dibayar seperti dividen setiap tahun bagi simpanan berusia 10 tahun ke atas. Jom kita lihat dividen dan bonus ASB sebelum ini.


Jika dividen berada pada paras lebih tinggi dari 7.5%, jelas kuasa compounding semakin tinggi dan bagi pelaburan berusia 10 tahun dank e atas, bonus tahunan turut disertakan dengan dividen setiap tahun. Ini bermakna, jumlah hasil pelaburan anda juga lebih tinggi!


APAKAH HAK SAYA KE ATAS HASIL PELABURAN ASB?

IANYA HAK ANDA 100%!!!
Untuk makluman anda, pihak bank hanya menjana keuntungan melalui keuntungan pembiayaan yang diberikan kepada anda. Setelah proses pinjaman lulus, RHB akan mengkreditkan jumlah pembiayaan anda terus ke dalam akaun ASB dengan sijil ASB tersebut adalah atas nama anda.


MENGAPA RHB MENYEDIAKAN PEMBIAYAAN ASB

Untuk makluman anda semua, ASB hanya untuk individu bumiputera melabur bukan untuk badan korporat. Dalam usaha PNB menggalakkan bumiputera untuk melabur, RHB dan beberapa buah bank lain diberi kepercayaan untk menyediakan pembiayaan ASB. Betul, bank memperoleh keuntungan hasil  bayaran balik pembiayaan, tetapi anda sebagai pelabur mendapat keuntungan yang jauh lebih tinggi dan berlipat ganda seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini. Sebagai contoh dengan pembiayaan sebanyak RM100,000, dengan bayaran bulanan RM528, bank memperoleh keuntungan berjumlah RM74,504 sedangkan jumlah pelaburan anda pada umur 25 tahun dengan kadar dividen 7.5% adalah RM609,834.


KADAR BAYARAN PEMBIAYAAN

Bagi pembiayaan antara RM10,000 – 80,000, kadar keuntungan tetap adalah pada kadar 5.05% setiap tahun. Bagi kadar pembiayaan melebihi RM80,000, kadar keuntungan tetap adalah pada 4.95% setiap tahun. Ini adalah kadar TETAP bukan FLOATING yang boleh berubah-ubah mengikut BLR yang ditentukan BNM. Berikut merupakan jadual bayaran balik pinjaman berdasarkan pecahan pembiayaan setiap RM10,000 dan bayaran balik 5 tahun: 


 Jadual  ini sebagai rujukan. Anda boleh melabur sebanyak mana yang anda suka bermula RM10,000 dan tempoh minimum bayaran adalah selama 5 tahun. Untuk jumlah yang tiada dalam jadual, anda boleh hubungi saya untuk kadar bayaran berserta dengan insurans. Jangan risau, insurans pembiayaan ASB bukan mahal macam insurans kereta. Mostly tak sampai 1.8% dari jumlah keseluruhan pembiayaan.

*Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan berhubung pembiayaan ASB-RHB, anda boleh e-mail saya menggunakan form yang saya sediakan.*